Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat

By | 13/04/2023


Assalamualaikum pembaca budiman. Mesti ramai yang berimpian nak kurus dengan cepat. Tapi cepat-cepat pun jika memudaratkan pun tak guna juga kan? Kurus dengan cepat dan nampak cantik, tapi kesihatan semakin merosot dan masuk ke hospital. Naya! Jadi, macam mana tu nak kurus dengan cepat tapi dalam masa yang sama, menjadi semakin sihat?

Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat
7 tips kurus dengan cepat

Untuk kuruskan badan dengan cepat, pastikan kita tidak mengkompromi kesihatan kita. Kesihatan adalah jauh lebih penting daripada nak nampak cantik saja. Sebab sekali organ dalaman kita rosak ataupun amalan kita untuk cepat kurus tu memberikan mudarat kat mana-mana, makin susah jadinya. Cantik dah dapat, tapi kesihatan terjejas pula. Sangat-sangat tak berbaloi.

Jadi, saya nak kongsikan, tips untuk kurus dengan cepat tapi dalam masa yang sama, semakin sihat. Bahkan, ini adalah gaya hidup yang sangat positif untuk kekal langsing dan sihat dari dalam. Jom kita lihat!

Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat

  1. Minum Banyak Air Kosong
    • Air kosong sangat selamat kerana mempunyai 0 kalori. Sambil memberikan hidrasi pada tubuh dan menghilangkan dahaga, ia mengurangkan cravings kita mahu meminum air manis ataupun makan dengan berlebihan.
    • Tiap kali rasa lapar dan teringin nak jajan jajan, minum air kosong dahulu. Sebab boleh jadi otak kita bagitahu kita lapar tapi sebenarnya badan kita kurang air yang menyebabkan kita ingat kita lapar makanan. Cuba banyak minum air dulu. Makan bila tiba masa nak makan nanti sahaja ok!! Lagipun, air kosong tu kan lagi menjimatkan dan sangat sihat pula tu.
    • Tips untuk minum air kosong dengan banyak :
      • Isi air kosong dalam bekas air yang cantik dan menarik, yang buat kita suka untuk minum air kosong.
      • Kira berapa liter air kosong yang perlu kita minum setiap hari mengikut berat. Dengan itu, kita lebih fokus untuk menghabiskannya.
      • Boleh membuat jadual minum air kosong setiap jam supaya kita berdisiplin.
  2. Ambil Karbohidrat Kompleks Berbanding Karbohidrat Ringkas
    • Contoh karbohidrat kompleks ialah seperti nasi dan karbohidrat ringkas ialah roti. Jadi pilihlah nasi daripada roti.
    • Nasi pula amalkan nasi yang rendah nilai glisemik indeks dengan cara memasak nasi kebal. Caranya adalah dengan memasukkan santan (nasi lemak) atau minyak kelapa dara (extra virgin coconut oil).
  3. Perbanyakkan Makanan Sayuran Hijau
    • Sayur-sayuran hijau mengandungi nilai kalori yang rendah, tapi memiliki nutrien yang tinggi. Amalan memakan sayuran hijau yang banyak tak mendatangkan apa-apa mudarat. Tapi pastikanlah dulu sayuran hijau tu bebas daripada bahan kimia ye. Sebab nanti makan banyak sayuran hijau, makan sekali pula dengan racun perosak pestisid dan herbisid. Kita mana nak tahu kan. Jadi, pastikan kita cuci bersih sayur-sayuran yang kita beli tu elok-elok. Boleh rendamkan dengan air garam atau cucikan dengan Basic H Shaklee (pencuci organik serbaguna berkepakatan tinggi). Lainlah kalau kita sendiri yang tanam dan kita yakin tak ada racun padanya.
  4. Banyakkan Pergerakan dan Senaman
    • Pergerakan itu penting untuk kesihatan tulang dan sendi kita. Kita pun perlu bergerak agar ada kerja yang dilakukan terhadap otot-otot kita. Bila otot bergerak, barulah ada pembakaran tenaga daripada lemak atau makanan yang kita makan. Barulah ada kalori digunakan.
    • Antara contoh pergerakan yang boleh kita lakukan ialah berjalan kaki dan menggunakan tangga untuk naik dan turun. Kena rajin-rajinlah sikit.
    • Nak lagi rajin, sila lakukan senaman. Sekurang-kurangnya 3 kali sahaja seminggu. Lagi power kalau bersenam sebab lagi banyak kalori burnt dan lagi kuat muscle kita terbina. Lagi cepatlah turun berat badan.
  5. Makan Suku-Suku-Separuh
    • Sebagaimana yang dicadangkan KKM, makan secara suku-suku-separuh dengan suku nasi, suku protein dan separuh sayur dan buah. Kalau dah terbiasa nasi yang banyak, kena praktis-praktis untuk kurangkan kuantiti nasi dan lebihkan sayuran dan protein.
    • Boleh selalu letakkan buah dan sayur dahulu di dalam pinggan biar penuh. Kemudian barulah letak sayuran, lauk-pauk dan akhir sekali nasi. Boleh cuba. InsyaAllah berkesan sebab pinggan dah penuh dengan sayur, buah dan lauk. Nasi akan auto jadi sikit :-).
  6. Ambil Protein dan Lemak Sihat Berbanding Karbohidrat
    • Karbohidrat adalah jenis makanan yang paling tinggi dan paling cepat melepaskan gula ke dalam darah kita. Bila kita ambil banyak karbohidrat, pankreas akan bekerja dengan lebih kuat daripada biasa kerana perlu merembeskan insulin ke dalam darah dengan tujuan untuk merendahkan gula dalam darah kita iaitu dengan cara menukarkan gula (makanan karbohidrat) kepada tenaga.
    • Bila begitu, reseptor insulin akan mengalami kecelaruan di mana ia tidak boleh berfungsi dengan baik apabila terlalu banyak gula daripada karbohidrat yang hadir dalam darah kita.
    • Sebab itulah, makanan yang kita makan itu tidak membantuk kita untuk rasa lebih bertenaga, tapi membuat kita lagi mengantuk dan letih, malah badan yang jadi membesar kerana gula tadi diletakkan ke dalam sel lemak.
    • Sel lemak membesar, sebab tu lah kita jadi gemuk. Ini berlaku apabila gula sudah tidak lagi mampu ditukarkan kepada tenaga akibat insulin yang bercelaru tadi.
    • Apabila kita mengambil protein dan lemak yang baik, kedua-duanya tidak melepaskan gula yang tinggi ke dalam darah kita. Jadi ia tidak mengakibatkan insulin mengalami masalah untuk tukarkan protein dan lemak tadi kepada tenaga.
    • Oleh itu, kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein dan lemak baik dalam diet harian, akan lebih cepat kurus dan kurus pun dengan sihat.
  7. Berpuasa Sehingga Alami Autophagy
    • Autophagy adalah proses di mana sel-sel tubuh kita akan makan segala barang buangannya sendiri. Ia menyebabkan tubuh badan kita akan alami pembentukan sel yang baru, dan berlaku proses pembersihan sel yang sangat bagus untuk kesihatan kita.
    • Tetapi ia akan berlaku pada waktu kita berpuasa 17 jam dan ke atas jika kita buat Intermittent Fasting (wet fasting).
    • Tetapi jika kita melakukannya semasa berpuasa di bulan Ramadhan contohnya (dry fasting), autophagy akan berlaku 3 kali ganda lebih cepat berbanding intermittent fasting (IF).
      • Dan apabila kita tambahkan dengan pengambilan Polifenol seperti Vivix, ia akan membantu kuruskan badan kita dengan lebih cepat kerana kandungan polifenol yang mempunyai anti-diabetic effects yang menyihatkan pankreas dan insulin sensitivity. Metabolisme gula menjadi lebih normal dan kita akan bertambah sihat.
      • Polifenol seperti Vivix juga ada khasiat sebagai “brain protective property” yang akan memelihara kita daripada bertambah-tambah makan sedangkan perut dah kata cukup, tapi otak tak faham-faham lagi yang perut dah cukup kenyang sebenarnya. Jadi Polifenol dalam Vivix ni dia tolong kita ”pick-up” cepat lah sikit daripada tak faham-faham yang perut dah suruh stop. So, kan elok bila kita berhenti makan. Islam pun suruh kita berhenti makan sebelum kenyang.

7 Tips Kurus Dengan Cepat di atas, kalau dijadikan amalan setiap hari dengan konsisten, pasti akan dapat hasilnya. Buat betul-betul kesemuanya, kita akan perasan berat kita semakin turun dan saiz baju semakin longgar.

Yang paling penting, kita amalkan gaya hidup sihat seperti ini dengan tujuan kita tak mahu berkompromi dengan kesihatan kita. Biar kita capai berat badan ideal, tanpa kita merosakkan kesihatan kita lebih-lebih lagi dengan produk slimming dan cepat kurus yang macam-macam ada di pasaran. Semua tu tidak ada ujian klinikal dan tak ada jaminan bahawa ia selamat untuk jangka masa panjang pengguna.

Pastikan kita amalkan gaya hidup sihat macam tips yang saya share ni saja.

Bacakan juga tulisan Hazirah tentang topik ini di link Tips Kurus Dengan Cepat.

Boleh juga mendapatkan konsultasi percuma daripada saya

Hubungi saya dengan KLIK DI SINI.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua.. Lebih banyak info mengenai produk dan bisnes Shaklee di website : www.anakkuwiraku.com.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat

  1. Pingback: Hari Raya Dengan Shaklee • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge