Intermittent Fasting Untuk Turunkan Berat Badan

By | 09/02/2023

Intermittent Fasting telah menjadi salah satu cara yang paling popular dan mungkin paling mudah untuk turunkan berat badan dan mencipta gaya hidup sihat bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

Semakin ramai doktor dan doktor-doktor pakar yang menggalakkan Intermittent Fasting (IF) ni. Bukan je untuk turunkan berat badan atau kawal berat. Tapi sangat bagus untuk mereka yang ada penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Sebabnya IF ni adalah gaya hidup (lifestyle) yang sebenarnya paling sihat untuk cubaan seseorang pesakit itu untuk reverse masalah kesihatan kronik dia kepada kesihatan yang lebih baik.

Intermittent Fasting untuk turunkan berat badan dan gaya hidup yang lebih sihat

Apa Itu Intermittent Fasting (IF)?

IF ni adalah kita berpuasa daripada makan. Tapi kita boleh minum air.

Tempoh berpuasa ni adalah 16 jam (tempoh minimum yang dicadangkan) iaitu bermula daripada jam 6pm sehinggalah jam 10am pada hari keesokannya.

Dalam tempoh ini, kita kena stop makan. Tak boleh makan apa-apa langsung. Tapi kita tetap boleh minum air. Janganlah air manis pulak ye. Mestilah air kosong sahaja.

Tempoh di atas ni dipanggil “Fasting Window”.

Kemudian esoknya pada jam 10am, boleh lah kita berbuka puasa dengan sarapan yang sihat. Masa ni kita boleh makan makanan yang kita mahukan, tapi dengan kuantiti yang terkawal. Ye lah, kan nak turunkan berat badan kan.. so kena jaga-jaga lah pemakanan tu juga.

Kemudian kita boleh teruskan makan or minum sehinggalah 6pm. Tempoh kita boleh makan ini dipanggil “Eating Window”. Eating Window ni bermula dari 10am hingga 6pm; iaitu selama 8 jam.

Kita boleh ambil makanan tengah hari, dan kita juga boleh ambil makan malam. Tapi cut off time tu 6pm la. Jadi kombinasi IF ni akan menjadi 16:8. 16 jam puasa, 8 jam makan. (dalam 24 jam sehari).

Ada orang, dia combine aje sarapan dengan lunch. Kemudian makan malam 6pm. Settle.

Ibarat macam 6pm tu waktu sahur kita.

Lepas tu dah kena stop makan sepanjang malam. Masa ni lah yang dikatakan kita berpuasa. Tapi tetap terus minum air.

Ok Tak Buat IF Ni?

Bagi sesetengah orang terutamanya yang tak pernah berpuasa (non-Muslim), mungkin bunyi berpuasa ni macam susah. Sebenarnya tak pun. Lebih-lebih lagi kita boleh minum air.

Yang bestnya, IF ni tidak akan membebankan kita dengan diet yang menghalang kita memakan makanan yang kita sukai. Tapi ia hanya mengawal waktu makan kita daripada makan makanan yang kita sukai.

Kita adjust timing dia sahaja. Time eating window, sila la nikmati makanan apa nak makan. Tapi time fasting window, kena hentikanlah makanan tu.

Walau bagaimana pun, kita still kena kawal. Takde lah boleh melantak satu saiz pizza tu sorang diri. Ataupun habiskan satu biji kek waktu eating window.

Kata nak sihat kan.. nak turunkan berat.. so, kawal-kawal sikit kalori kita. InsyaAllah dengan gaya hidup berpuasa IF ni, kita sebenarnya membantu badan kita membakar lemak yang duk tersimpan dalam badan sekian lama. Dan ia paling kuat terbakar semasa tempoh kita berpuasa.

Kita mungkin berpendapat yang kita akan mendapat manfaat kesihatan yang lebih baik jika kita turut memberi perhatian kepada jenis makanan yang kita makan, tetapi beberapa kajian yang melibatkan JIKA kita tidak mengawal apa yang kita makan, ia masih menunjukkan peningkatan yang bermakna.

Best kan? Itu lah hikmahnya berpuasa.

Pernah ada satu kajian yang dibuat, satu percubaan tidak rawak menunjukkan penurunan berat badan yang lebih baik, juga paras gula darah dan lipid yang semakin sihat dengan sekurang-kurangnya 14 jam berpuasa setiap hari dan tiada perubahan dalam diet asas peserta. Wah!!

Walau bagaimanapun, itu mungkin tidak bermakna kita boleh makan apa sahaja yang kita mahu semasa eating window.

Ramai doktor merasakan pesakit mereka lebih berjaya dengan Intermittent Fasting apabila mengambil diet rendah karbohidrat atau diet protein yang lebih tinggi.

Rejimen makan berpuasa atau terhad masa yang paling biasa adalah seperti berikut:

Ok Bestnya IF. Macamana Nak Mula Ni?

Apabila bermula, kita cadangkan untuk bermula dari kecil dan membina. Tak bermula dengan 16 jam lagi pun tak apa. Cuba mulakan dengan berpuasa 14 jam dahulu. Boleh cuba 3 hari dulu ke, ikut kemampuan diri. Jadi kita akan dapat 14:10 tempoh IF. Bila dah rasa makin mudah, kita dah boleh tingkatkan tempoh Fasting Window tu kepada 16 jam pula. Ulangi setiap hari sampai terbiasa.

Boleh lakukan 5 hari seminggu ke, kemudian 2 hari rehat. Atau boleh terus dijadikan habit dan lifestyle anda.

Penutup

Ingat, puasa dalam pengertian Intermittent Fasting ini bukannya bermakna kita tidak makan; dan bukan bermakna kita tidak boleh minum. Kita cuma kena kekal terhidrat dengan baik sebab ia adalah bahagian penting untuk berjaya dengan Intermittent Fasting. Minuman terbaik adalah bebas daripada kalori iaitu air kosong, dan teh atau kopi tanpa sebarang bahan tambahan gula.

Intermittent Fasting dengan Set Hello New You Shaklee

Untuk mencapai IF yang lebih cergas, bertenaga dan kenyang lebih lama, saya cadangkan untuk amalkan Set Hello New You daripada Shaklee yang telah diformula khusus untuk mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting ini.

Set ni dah cukup lengkap dah dengan semua nutrien yang anda perlukan untuk mendapat penurunan berat badan dan membuang inci berlebihan.

Set Intermittent Fasting Hello New You daripada Shaklee
Set Intermittent Fasting ; Hello New You Shaklee yang sesuai digunakan sepanjang Intermittent Fasting

Untuk lebih info , nak dapatkan Set ini dan nak ketahui cara makan set Hello New You ni sepanjang melakukan IF, boleh hubungi saya di : 012-6753078 atau whatsapp saya DI SINI. Saya akan bantu anda sebaiknya.

Baca juga Tips untuk Kurus dengan Selamat DI SINI.

Boleh juga ketahui lebih banyak maklumat menarik tentang Intermittent Fasting di sini : Cara Buat Intermittent Fasting daripada Yati Adam.

Lawati juga lebih banyak bacaan dan artikel menarik tentang kesihatan di blog www.anakkuwiraku.com.

Semoga bermanfaat!

Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Petaling Jaya
012-6753078
FB : Wan Syahida Kahar

9 thoughts on “Intermittent Fasting Untuk Turunkan Berat Badan

  1. Pingback: CARA BUAT INTERMITTENT FASTING

  2. Pingback: Set Kurus Shaklee • SyahidaShukri

  3. Pingback: Blog Mega Shaklee 1.0 Suatu Wave Terbaharu • SyahidaShukri

  4. Pingback: 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best • SyahidaShukri

  5. Pingback: Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee • SyahidaShukri

    1. syahida Post author

      pelan pelan akan dapat hasil.. yang penting konsisten 🙂

      Reply
  6. Pingback: Set Hello New You Shaklee Untuk Capai Saiz dan Berat Ideal • SyahidaShukri

  7. Pingback: Testimoni Set Kurus Shaklee • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge